Mee Tarik Satu!



Assalamu'alaikum dan selamat pagi/tengahari/petang/malam.

Mula-mula nak perkenalkan diri dulu. Saya Asam Keping(AK), salah seorang rodong clan.
Pertama kali nak cuba makan mee tarik jadinya pergi ke Bangi Sentral ada kedai baru Mee Tarik Warisan Asli(ini cawangan kelima).

Duduk je, pelayan bagi menu bersama sekeping kertas dan pensel untuk catit order(ala-ala style kopitiam). Selak-selak menu, setelah rambang mata(padahal menu je pun bukannya katalog ikea kan), akhirnya AK pilih menu nombor 106.

Catit, angkat tangan, topang dagu sambil tengok Bruce Lee berkungfu kat dapur tarik-tarik doh sampai jadi mee, dan........

Taraaaa, nah sila jamu mata anda!

Menu 106 Sliced Mee Soup with Beef.
Menu 106 Sliced Mee Soup with Beef.

Slurrpppp... nyummmm..
Serius sedap! Bak kata orang tu, dua ibu jari ke atas!!  Mee nya terasa sangat kesegarannya, segar hasil daripada mee yang baru dibuat. Teksturnya tebal dan kenyal sedikit berbanding mee yang kita pernah beli dalam paket. Mee tarik buatan tangan ni memang betul-betul sedaplah. Supnya pun sedap, ada ciri-ciri adaptasi rasa Malaysia ke dalam sup ni sebab cukup rasa dan kepedasannya memang umphhh tak perlu tambah sambal kicap dah(bagi yang tak gemar pedas, disarankan catit nota dalam kertas order).

Sila cuba menu 106 ni tau, recommended sesangat!

Lokasi spesifik adalah seperti berikut:

Waze
Bukti AK dah sampai sini.
Mee Tarik Warisan Asli(cawangan Bangi)
No 3a-47-01, Jalan Medan PB 2A,
Bangi Sentral, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
Selangor.
(11 pagi-11 malam)
Gambaran muka depan restoran.


Nota Kaki: 
Jangan terkejut kalau sampai-sampai je nampak pelayan-pelayannya semua spesis Rajnikanth tapi jangan risau sebab tukang-tukang tarik mee semua spesis Bruce Lee he3.

Salam pengenalan,
Asam Keping

1 comment :